Wednesday, July 25, 2012

Iftar IKRAM Nilai

Program  :  Iftar IKRAM Nilai
Tarikh  :  27 Julai 2012 (Jumaat)
Masa  :  6:00 ptg - 8:30 mlm
Tempat  :  Dewan Masjid Bandar Baru Nilai

Tentatif Program:  
6:00 ptg - 6:30 ptg:  Pendaftaran
6:30 ptg - 7:15 mlm:  Tazkirah Ramadan dan tayangan multimedia
7:15 mlm - 7:45 mlm:  Iftar
7:45 mlm - 8:00 mlm:  Solat berjemaah
8:00 mlm - 8:30 mlm:  Makan malam dan bersurai

Thursday, July 19, 2012

Program IHYA' RAMADAN

Assalamualaikum


Saudara, saudari, sahabat sekalian adalah dijemput bagi menghadiri sebuah program seperti berikut:

Program:  Ihya' Ramadan
Penceramah:  Ustaz Nik Ismail
Tarikh:  Julai 19, 2012 (Khamis)
Jam:  9:00 malam
Lokasi:  Pejabat IKRAM Nilai

Kami amat mengalu-alukan penyebaran mengenai majlis ini.  Jemputlah sanak saudara, saudara seusrah anda, keluarga, tetangga dan kenalan bagi memeriahkan majlis ini.  Ayuh semarakkan momentum Ramadan.

Ramadan Kareem.

Sunday, July 15, 2012

Pelancaran IKRAM Junior Daerah Nilai

Alhamdulillah, pada 16 Jun 2012 bertempat di Pejabat Ikram Nilai telah berlangsungnya pelancaran IKRAM Junior bagi cawangan Nilai.  Pendaftaran dibuka seawal jam 9:30 pagi, menerima sebanyak 36 penyertaan daripada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Majlis yang dipengerusikan oleh Puan Halimah Ismail kemudiannya diteruskan dengan perasmian oleh Puan Aminah, Ketua Wanita IKRAM Negeri Sembilan yang memberikan pengisian mengenai objektif, visi dan misi IKRAM.

Puan Shakiroh selaku Pengerusi IKRAM Junior daerah Nilai meneruskan dengan ucapan ringkas.

Acara melibatkan kanak-kanak IKRAM Junior dilangsungkan dengan tarian 'Chicken Dance' dan 'Tarian Si Tommy' bagi sesi ice-breaking, diuruskan oleh fasilitator jemputan dari USIM; CikPuan Uzma dan CikPuan Nor.

IKRAM Junior julung kalinya diperdengarkan lagu tema iaitu 'God Is Great oleh Noor Art', dipersembahkan oleh Nusaibah, Muaz dan Rayessa pada permulaan, kemudiannya diikuti beramai-ramai oleh ahli IKRAM Junior yang lain.

Para peserta IKRAM Junior dan ibubapa yang hadir dihiburkan oleh persembahan nasyid di dalam Bahasa Inggeris dan Pidato Bahasa Arab.  Setelah selesai persembahan itu, hadirin dihidangkan dengan tayangan multimedia bertemakan Keprihatinan Terhadap Anak-anak Palestin.

Bertemakan 'I LOVE INFAQ', setiap ahli IKRAM Junior diserahkan sebuah tabung untuk diisi sepanjang Sya'ban dan Ramadan.  Acara kemuncaknya ialah ketika Syawal, apabila tabung berkenaan akan dipecahkan dan wang-wang yang dikumpul akan didermakan untuk anak-anak Palestin.

Bagi menggalakkan penulisan dan pendokumentasian segala aktiviti harian anak-anak IKRAM Junior, mereka dibekalkan dengan sebuah Buku Log IKRAM Junior.  Di dalam Buku Log berkenaan, mereka akan mencatitkan segala aktiviti harian mereka, termasuklah solat-solat fardu, amalan menderma, membaca quran, hadis dan sebagainya.

Majlis tamat pada jam 1:00 petang dan tetamu menjamu selera sebelum beredar.

*sumber:  laporan Puan Fadhilah Abdullah Asuhaimi.